Sunday, 8 January 2012

AIR MATA TAUBAT

BERISTIGHFAR iaitu memohon keampunan Allah seperti yang anda amalkan itu adalah sebahagian daripada doa kepada Allah. Doa seorang hamba kepada Allah termasuk dalam ibadah kepada Allah.

Berdoa adalah salah satu ibadah di luar sembahyang selain membaca al-Quran dan berzikir. Islam melihat berdoa kepada Allah sangat penting. Ia dapat menjalin hubungan yang erat antara seorang hamba dengan Allah.

Sebagai manusia dan hamba kita tidak terlepas dan memerlukan pertolo�ngan Allah. Berdoa antara sebahagian daripada usaha dan ikhtiar.

Berdoa kepada Allah menandakan seorang hamba kembali kepada Allah dan merendah diri kepada-Nya. Apabila menyedari kepentingan doa sebagai ibadah dan cara memohon serta berhubung dengan Allah, kita tidak perlu berasa bersalah untuk memohon apa saja daripada Allah seperti yang dinyatakan.

Janganlah ada perasaan malu atau ‘sombong’ untuk memohon segala permintaan kepada Allah kerana ia sebahagian daripada usaha.

Sekiranya permintaan atau doa kita tidak dimakbulkan, anggaplah ia yang terbaik daripada Allah untuk kita.

Kita sepatutnya tidak berasa malas untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

No comments:

Post a Comment