Sunday, 4 March 2012

isteri solehah

IsTeRi SoLeHah....
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan......♥
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama...
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥

Friday, 2 March 2012

bicara buat sahabatku...




sahabat,
dulu kau dan aku,
sering bersama,
namun,
hanya disebabkan satu perkara,
kau pergi meninggalkan diriku.

sahabat,
andai aku ada waktu,
ingin sekali aku bertanya padamu,
mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
aku sedar wahai sahabat,
diriku banyak melukakan hatimu,
namun sedarkah dikau,
mencari seorang sahabat,
bagaikan mencari sebutir mutiara putih.

namun sahabat,
aku tidak akan menyalahkan dirimu,
kerana perpisahan ini,
pasti akan wujud,
walaupun tidak diminta,
kerana setiap pertemuan,
pasti akan adanya perpisahan.