Thursday, 23 February 2012

ya Allah

Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik !
Tambah lagi bila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.

Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung.  Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayahNya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tak perlu lagi telekung – telekung berbau berdaki tu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tak hormat! Tapi Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.

Saya sekarang bertudung labuh, tapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh padaNya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!

Wednesday, 22 February 2012

~✿..Di sini Allah AJARKAN, tentang MASA..tentang SABAR, Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU, itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita sudah lupa..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat pada Dia dan jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk MENIDAKKAN kebijaksanaanNya?

Dan di saat itu.."CUBA KAMU LIHAT LANGIT"..subhanAllah, cantiknya langit, biru sebirunya..."Ya Rabbussamawati wal ardh, LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru", manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..✿~
ya Allah.. kadang2 aku merasa rendah diri dengan diriku kerana apabila aku melihat org lain terlalu byk kelebihan yg dapat menutup segala kekurangan yg mereka ada tidak mcm aku yg hingga kini aku x dapat nk tau apa kelebihan aku sebenarnya... tapi bila aku membaca surah an nisa ayat 32:
    Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah Kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


tatkala itu aku rasa yakin pada diriki sendiri mungkin Aku harus lebih berusaha agar aku dapat menemui kelebihan yang Allah berikan padaku... TERIMA KASIH YAALLAH kerana masih menyayangiku...
  
♥ Air Mata Seorang Wanita ♥

>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki,Maka hilanglah sifat takwanya.

>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,Maka hilanglah sifat keredhaannya.

>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,Maka terbitlah sifat penyayangnya.

>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana terluka,Maka hilanglah sifat ketabahannya dalam mengharungi ranjau kehidupan.

>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,Memadamkan api neraka kelak...(◕‿◕) ♥
~✿..Usah sesekali MENYESALI takdir kerana ALLAH itu ADIL sifatnya..sudah dijanjikan dalam al-Quran dan hadis bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu sebaliknya..waktu ini jika kamu TIDAK DITEMUKAN dengan mana-mana lelaki kerana ALLAH SWT mahu MEMELIHARA kamu daripada MAKSIAT..waktu ini tiada lelaki JATUH HATI pada kamu kerana kamu masih dalam tempoh MENCARI ILMU dan mencapai CITA-CITA..paling utama ALLAH SWT menyimpan JODOH yang terbaik untuk kamu dan apabila masa itu tiba..kamu senyumlah, ketawalah, menangislah sebagai TANDA GEMBIRA dan BERSYUKURLAH kerana DIA menghadiahkan kamu dengan lelaki yang SOLEH dan SEMPURNA..✿~

>>> Berpeganglah pada pepatah lama - Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jangan senang dahulu, susah kemudian..(✿◠‿◠)