salam..
dah usang blog ni.. lama x di update..
semalam saya ad menghadiri talk " apa makna aku islam" oleh bro lim..
subhanallah byak sekali input2 bru yg selama ni kita sering disoal oleh bukan beragama islam namun kita x mampu untuk menjawab soalan tersebut dengan sebaik mungkin atau kita hanya menjawab sekadar untuk memuaskan hati kita dan juga si penyoal.
saya juga pernah di tanya oleh seorang bukan islam tentang mengapa kita disuruh solat 5 waktu yang mengandungi 17 rakaat, tatkala soalan diajukan saya terdiam... bagaimana harus aku menjawab soalan amoi ni????
fikir punya fikir.. aku pon jawab sebenar 5 rakaat tidaklah membebankan bagi kami umat islam kerana ia suruhan dari Allah yang mana telah menciptakan manusia... namun saya pasti tika itu pasti si amoi tu x paham..ok habis kisah disitu...
Ya Allah jahilnya aku.. soalan macam tu aku x bole jawab.. ini sebab kita x ada ilmu!!!
tapi setelah menghadiri talk bro lim tu antara jawapan yg diberikan adalah..
1. solat sebagai perintah Allah
2. solat adalah map untuk umat islam
~contoh bayangankan jika kita dikehendaki mengunakan basikal dari pulau pinang ke kuala lumpur dengan mengunakan jalan kampung adakah kita akan melihat peta yang ad ditangan hanya sekali atau dua tiga kali.. mustahil kan.. mungkin kita terpaksa kerap kali agar kita tidak tersesat jalan..
it's same goes to solat.. as the map for us to always keep in a right path..
3. ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45)
~seseorang yang melaksanakan solat x akan berpeluang melakukan memungkaran.. namun x bermaksud x melakukan dosa.. kerana ia berbalik ke atas tahap kekusyukan individu.. namun maksud x berpeluang adalah.. seawal 6 pagi kita bgun untuk menghadap Illahi.. bru je bpa jam.. sunat dhuna, ingat kebesaran Allah.. selang beberapa jam.. kembali sujud padaNya, solat zohor.. kembali lakukan tugas harian dengan pnuh ketenangan...
4 jam kemudian.. menghadap illahi, solat asar... balik kerumah.. rehat.. mengucap kesyukuran, solat maghrib.. tafakur... beristighfar,. solat isya... time mana individu nk melakukan dosa.. kalo di tambah dengan kusyuk.. subhanallah.. bahagia lah.. individu tesebut...
WaAllahualam...
Saturday, 15 December 2012
Sunday, 4 March 2012
isteri solehah
IsTeRi SoLeHah....
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan......♥
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan
perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi
wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan
membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi
hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita
yang beragama...
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan......♥
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama...
.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥ .I ♥ الله ♥.I ♥ الله ♥

Friday, 2 March 2012
bicara buat sahabatku...

sahabat,
dulu kau dan aku,
sering bersama, namun,
hanya disebabkan satu perkara,
kau pergi meninggalkan diriku.
sahabat,
andai aku ada waktu,
ingin sekali aku bertanya padamu,
mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
aku sedar wahai sahabat,
diriku banyak melukakan hatimu,
namun sedarkah dikau,
mencari seorang sahabat,
bagaikan mencari sebutir mutiara putih.
namun sahabat,
aku tidak akan menyalahkan dirimu,
kerana perpisahan ini,
pasti akan wujud,
walaupun tidak diminta,
kerana setiap pertemuan,
pasti akan adanya perpisahan.
Thursday, 23 February 2012
ya Allah
Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik !
Tambah lagi bila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayahNya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tak perlu lagi telekung – telekung berbau berdaki tu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tak hormat! Tapi Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tapi masih gila-gila! Bertudung labuh
bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tapi
tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk
menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya,
bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya
dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung
labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh padaNya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik !
Tambah lagi bila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayahNya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tak perlu lagi telekung – telekung berbau berdaki tu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tak hormat! Tapi Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh padaNya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!
Wednesday, 22 February 2012
~✿..Di
sini Allah AJARKAN, tentang MASA..tentang SABAR, Dia juga ajarkan
bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan
TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU, itu kerana Dia CINTA dan itu kerana
mungkin kita sudah lupa..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat pada
Dia dan jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk MENIDAKKAN
kebijaksanaanNya?
Dan di saat itu.."CUBA KAMU LIHAT
LANGIT"..subhanAllah, cantiknya langit, biru sebirunya..."Ya
Rabbussamawati wal ardh, LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru",
manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..✿~
ya Allah.. kadang2 aku merasa rendah diri dengan diriku kerana apabila aku melihat org lain terlalu byk kelebihan yg dapat menutup segala kekurangan yg mereka ada tidak mcm aku yg hingga kini aku x dapat nk tau apa kelebihan aku sebenarnya... tapi bila aku membaca surah an nisa ayat 32:
Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah Kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
tatkala itu aku rasa yakin pada diriki sendiri mungkin Aku harus lebih berusaha agar aku dapat menemui kelebihan yang Allah berikan padaku... TERIMA KASIH YAALLAH kerana masih menyayangiku...

♥ Air Mata Seorang Wanita ♥
>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki,Maka hilanglah sifat takwanya.
>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,Maka hilanglah sifat keredhaannya.
>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,Maka terbitlah sifat penyayangnya.
>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalir kerana terluka,Maka hilanglah sifat ketabahannya dalam mengharungi ranjau kehidupan.
>>>Air mata seorang wanita,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,Memadamkan api neraka kelak...(◕‿◕) ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)